Taklimat Penetapan Target UPSR 2017

Taklimat tersebut telah diadakan pada: 

Tarikh :15 Januari 2017 (Ahad)

Masa  : 8.30 pagi hingga 11.00 pagi

Sesungguhnya kehadiran ibu bapa dan penjaga calon UPSR 2017 SKKT adalah penyuntik semangat bagi anak-anak kita,,,
Antara ibu bapa yang hadir
Guru Kelas Tahun 6. Cikgu Fazarina sedang memberikan taklimat
Antara ibu bapa yang hadir



Perhimpunan Minggu Ke 2

Ahad, 8 Januari 2017. Perhimpunan minggu ke 2 ini merupakan perhimpunan pertama untuk tahun 2017  yang dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Ini adalah meneruskan kesinambungan Program English Week yang telah dicadangkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Untuk makluman semua, perhimpunan mingguan pada minggu ke 2 setiap bulan akan dijalankan dalam bahasa Inggeris. Perhimpunan diserikan dengan pembacaan sajak yang bertajuk "My Mother" oleh pelajar Tahun  6, Muhammad Hakimi dan Nur Hidayah. Semoga murid-murid dan semua warga SK Kesang Tasek dapat manfaat daripada program ini. Insya-Allah.




Majlis Penyerahan Bantuan kepada Pelajar Miskin dan Anak Yatim

Pada hari Khamis 5 Januari 2017, Majlis Penyerahan Bantuan kepada Pelajar Miskin dan Anak Yatim telah diadakan. Tuan Guru Besar SK Kesang Tasek, Encik Mohd Nasir bin Muhamad telah menyampaikan bantuan tersebut. Majlis berlangsung di kantin sekolah.






Back to School @ Kembali ke Sekolah



1 Januari 2017. Selamat Tahun Baru, selamat kembali ke sekolah. Pelbagai aksi murid-murid dapat dilihat pada hari pertama di sekolah. Alhamdulillah secara keseluruhannya murid-murid nampak bersedia untuk menjejakkan kaki semula ke sekolah setelah bercuti selama lebih sebulan. Semoga tahun 2017 ini membawa lebih sinar kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Kesang Tasek.

Selamat Bersara, Cikgu Mahat!


Selamat bersara En Mahat bin Yahya, guru besar SK Kesang Tasek,yang banyak berjasa kepada seluruh penduduk Kampung Kesang Tasek.Beliau mula bersara pada 2 Julai 2016. Semoga beliau diberikan kesihatan yang baik dan dapat beribadat dengan sempurna. 

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi.
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.