[ Corat-coret Minggu Pertama Sesi Persekolahan ]

Tarikh : 18 Januari 2015
Masa : Sepanjang minggu
Tempat : SK Kesang Tasek


Sesi persekolahan baru sahaja bermula pada 11 Januari 2015 bersamaan hari Ahad yang lepas dan dapat dilihat guru-guru dan murid-murid bersemangat menjalankan tanggung jawab masing-masing. Kehadiran murid-murid ke sekolah disambut dengan ceria oleh guru-guru, selain guru-guru sentiasa menjaga kebajikan murid walaupun pada hari pertama sesi persekolahan. Tahniah diucapkan kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang tidak jemu menabur bakti di sekolah serta kepada semua murid yang bersemangat untuk hadir ke sekolah. 



GPK HEM, Pn. Sarifah binti Abdullah menyambut ketibaan murid dan 
bersalaman dengan murid yang hadir ke sekolah




Guru disiplin, Pn. Rasitah binti Zainul Abidin memastikan murid 
mematuhi etika pemakaian sebagai seorang pelajar




Guru-guru dan kakitangan perkerja swasta bersama-sama dalam
memastikan kekemasan murid semasa berada di sekolah



Murid-murid kelihatan bersemangat hadir ke sekolah pada awal pagi 
untuk memulakan sesi persekolahan



Salah seorang guru yang hadir awal ke sekolah menyambut ketibaan murid
pada minggu pertama persekolahan



Adik Shamim selaku ketua pengawas menjalankan tanggung jawab dengan 
berdedikasi pada minggu pertama sesi persekolahan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan