[ Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Kedua 2015 ]

Tarikh : 18 Januari 2015
Masa : 7.20 pagi - 7.50 pagi 
Tempat : Dataran Kejat, SKKT

Guru Bertugas :


1. Puan Cheng Giin Yann

2. Puan Rasitah bt Zainul Abidin


Laporan
  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu bangsa  Johor dan lagu sekolah dipimpin oleh adik Najihah (Tahun 6). 
  • Bacaan doa oleh adik Shamil (Tahun 6).
  • Ikrar sekolah yang diketuai oleh adik Irsyad (Tahun 6).

Ucapan Guru Bertugas - Pn Rasitah bt Zainul Abidin
  • Murid diminta memulangkan borang Sistem Maklumat Murid (SMM)
  • Semua murid diminta membalut buku teks dan murid yang gagal membalut buku akan ditarik hak milik buku teks.
  • Murid ditegaskan memastikan pemakaian lengkap sebagai pelajar selewat-lewatnya hari Rabu ini.

Majlis Penyerahan Pas Keluar Kelas
  • Pas keluar masuk diberikan setiap kelas bagi mengelakkan murid merayau-rayau semasa sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
  • Setiap kelas diberikan dua pas keluar masuk dan hanya seorang murid bagi satu-satu pas.



  
Penyerahan pas keluar kelas kepada ketua kelas Tahun 1



 Penyerahan pas keluar kelas kepada ketua kelas Tahun 2



Penyerahan pas keluar kelas kepada ketua kelas Tahun 3



Penyerahan pas keluar kelas kepada ketua kelas Tahun 4



Penyerahan pas keluar kelas kepada ketua kelas Tahun 5



Penyerahan pas keluar kelas kepada ketua kelas Tahun 6




Ucapan GPK Pentadbiran - Tn. Hj. Zolkeflee b Bahrom

1. Aluan
  • Mengucapkan takziah kepada mangsa banjir yang masih tidak dapat meneruskan persekolahan.

2. Musim kemarau
  • Setiap murid perlu menjaga kesihatan bagi mengelakkan daripada menghadapi penyakit.
  • Sentiasa membawa air masak ketika cuaca panas.

3. Belajar bersungguh-sungguh
  • Murid perlulah belajar bersungguh-sungguh bagi memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan