[ Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Pertama 2015 ]

Tarikh : 11 Januari 2015
Masa : 7.20 pagi - 7.50 pagi 
Tempat : Dataran Kejat, SKKT

Guru Bertugas :


1. Puan Noradha bt Jema'on

2. Cik Nur Masturah bt Ghafar


Laporan
  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu bangsa  Johor dan lagu sekolah dipimpin oleh adik Shamim (Tahun 6). 
  • Bacaan doa oleh adik Irsyad (Tahun 6).
  • Ikrar sekolah yang diketuai oleh adik Shamim.

Ucapan Guru Bertugas - Cik Nur Masturah bt Ghafar
  • Mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid SKKT.
  • Memberikan pujian kepada murid terhadap kekemasan pemakaian dan diharapkan dapat dikekalkan sehingga akhir tahun.
  • Memberikan kedudukan terbaru kelas bermula pada Prasekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6.
  • Mengharapkan murid-murid lebih ceria dan bersedia untuk meneruskan sesi persekolahan tahun 2015.

Ucapan Guru Besar - En Mahat bin Yahya

1. Aluan
  • Mengalukan kedatangan semua murid ke sesi persekolahan bagi tahun 2015.

2. Kedudukan Bilangan Guru dan Murid
  • SKKT mempunyai seramai 19 orang guru.
  • 1 orang guru telah berpindah.
  • Bilangan murid
            Prasekolah : 21
            Tahun 1 : 15
            Tahun 2 : 10
            Tahun 3 : 17
            Tahun 4 : 21
            Tahun 5 : 18
            Tahun 6 : 17
                                                
3. Menjaga Disiplin
  • Semua murid perlu mematuhi peraturan yang terdapat di dalam Buku Disiplin Murid. 
  • Murid yang gagal mematuhi akan dikenakan tindakan tatatertib.

4. Penggunaan Bilik Air
  • Diminta semua murid menggunakan bilik air dengan betul.
  • Murid juga perlu menjaga kebersihan bilik air dan tidak bermain-main di dalam bilik air bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

5. Jadual Kelas
  • Jadual kelas telah diberikan kepada semua murid semasa Hari Pembayaran Yuran pada bulan Disember.

6. Kelas Abad 21
  • Kelas ini melibatkan kelas Tahun 4 yang mempunyai seramai 21 orang murid.
  • Kelas ini dipimpin oleh guru kelas iaitu Puan Rasitih bt Zainul Abidin dan pembantu guru kelas iaitu Cik Fazarina bt Abd Kadir serta kerjasama daripada semua guru.

7. Bantuan Khas Awal Persekolahan 2015
  • Bayaran telah dibuat pada cuti sekolah yang lalu.
  • Sekiranya, mana-mana murid yang tidak hadir boleh datang bersama-sama ibu bapa menuntut bantuan tersebut di sekolah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan