SEJARAH SEKOLAH





Sekolah ini mula dibuka pada tahun 1951 dengan nama Sekolah Kebangsaan Melayu Kesang Tasek.  Terletak kira-kira 10 kilometer dari Bandar Muar.  Sekolah ini dibina di atas tanah dengan keluasan 2E 3R 1P.  Binaan bangunan asal sekolah ini diperbuat daripada papan  dengan kayu-kayu gelam sebagai tiangnya.

      Pada 1 Januari 1985  sekolah ini telah berpindah ke tapak baru seluas 5E 3R 30P kira-kira 1 kilometer dari tapak lama.  Bangunan ini telah dibina secara pasang siap yang mengandungi 6 buah bilik darjah, pejabat, pusat sumber dan sebuah kantin.  Pada 28 Mac 1989, bangunan ini telah dirasmikan oleh Allahyarham Tun Abdul Ghaffar Bin Baba yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

     Pada tahun 1994 sebuah bangunan tambahan dua tingkat telah dibina  bagi memberi kemudahan yang lebih selesa kepada para pelajar.  Bangunan  dua tingkat tersebut mengandungi  4 buah bilik darjah, sebuah Bilik Kemahiran Hidup, bilik SPBT dan sebuah stor peralatan Pendidikan Jasmani.

     Pada tahun 2001, dalam usaha pihak kerajaan untuk memajukan sistem pendidikan  kebangsaan, maka  sebuah Makmal Komputer yang dilengkapi dengan rangkaian internet (Schoolnet) telah dibina untuk kemudahan guru-guru dan murid-murid dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.

      Pada tahun 2002, bangunan pasang siap yang dibina pada tahun 1989 telah dirobohkan untuk dibina bangunan baru 4 tingkat yang dilengkapi dengan segala kemudahan, termasuk sebuah kantin yang selesa dan besar ruangnya.  Sementara itu pada tahun 2003, sebuah bangunan Dewan Serbaguna telah dibina di bawahperuntukan kerajaan negeri iaitu  sebanyak RM 350,000.00.  

      Dewan ini  boleh  menampung kira-kira 300 orang pada satu-satu majlis.  Beberapa acara besar pernah  diadakan di dewan ini. Antaranya Mesyuarat Sekolah Kurang Murid (SKM) yang telah  dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Johor pada ketika itu iaitu Encik Jailani Rusni.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan