[ Perjumpaan Kelab Bil. 2 / 2015 ]

Tarikh : 21 Januari 2015
Masa : 7.20 pagi - 8.20 pagi 
Tempat : Kantin, SKKT

Perjumpaan kelab kali kedua diadakan pada hari Rabu bertempat di kantin SK Kesang Tasek berlangsung selama 1 jam. Murid-murid bersama-sama dengan guru-guru penasihat telah menjalankan aktiviti yang telah dirancangkan oleh guru mereka. Guru Kelab Kitar Semula, Pn. Sarawati, Pn. Noradha, Cik Nur Masturah dan Pn. Cheng Giin Yann bersama-sama dengan ahli kelab menjalankan aktiviti mengutip sampah di kawasan perkarangan sekolah. Objektif aktiviti ini bagi memberikan kesedaran kepada murid tentang pentingnya menjaga kebersihan sekolah untuk mewujudkan suasana sekolah yang selamat, ceria dan kondusif.



Sebahagian ahli kelab mengutip sampah di kawasan padang sekolah



Sampah yang dikutip dimasukkan ke dalam plastik sampah bagi 
memastikan kawasan sekolah sentiasa bersih



Guru kelab, Pn. Noradha meninjau pergerakan ahli kelab dalam menjalankan aktiviti yang diadakan


          Manakala, guru Kelab Kembara, Cik Fazaraina, Pn. Rasitah dan Pn Rahimi bersama-sama dengan ahli kelab menjalankan aktiviti kembara di luar kawasan sekolah. Objektif aktiviti ini bagi memastikan murid mengenali kawasan di luar sekolah dengan mengenali tumbuh-tumbuhan dan kawasan-kawasan yang berada di sekeliling sekolah. Sekaligus, dapat menanamkan perasaan cinta akan tumbuhan ke dalam diri ahli-ahli kelab.


Guru bersama-sama dengan murid-murid melawat tanaman di luar kawasan sekolah



Guru pembimbing, Pn. Rasitah dan Pn. Rahimi bersama-sama ahli kelab mengambil gambar kenang-kenangan di pondok kebun


Murid dilihat bersemangat menjalankan aktiviti kembara di luar kawasan sekolah


         Seterusnya, guru Kelab Kebudayaan, Pn. Siti Zanariah, Pn. Juraidah, Pn. Nurul Nadiah dan Pn. Nurilmah bersama-sama dengan ahli kelab membincangkan persembahan yang akan disediakan pada Majlis Hari Persaraan Tn. Hj. Sood bin Abd. Ghani yang akan bersara pada 5 Mac 2015.



Guru-guru kelab kebudayaan membincangkan persembahan untuk majlis persaraan



Murid-murid dilihat bersemangat dalam mengeluarkan idea semperna majlis persaraan


         Kelab Komputer yang diuruskan oleh En. Kamal Zam, En. Mohd Zamzuri dan En. Isaifuddin menjalankan aktiviti di bilik komputer. Guru-guru memberikan taklimat tentang penggunaan Frog V-LE kepada ahli kelab. Objektif aktiviti ini bagi memastikan murid dapat melayari Frog V-le dengan berkesan di sekolah mahupun di rumah.



En. Kamal Zam memberikan penerangan kepada murid di dalam bilik komputer



Guru menunjukkan contoh paparan Frog V-le daripada En. Isaifuddin kepada murid 



Murid-murid mendengar penerangan dengan teliti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan