Sambutan Maulidur Rasul

Pada Rabu, 21 November 2018 bersamaan 13 Rabiul Awal 1440 H Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan di Dewan Zaaba, SK Kesang Tasek. Majlis dimulakan dengan perarakan dan selawat. Ia dimeriahkan lagi dengan ceramah daripada Tn Hj Zurkarnain bin Radiman, Guru Besar Sekolah Agama Parit Bunga. Tema sambutan pada tahun ini ialah"Menyantuni Umat Membawa Rahmat". Jamuan bubur lambuk turut diberikan kepada semua yang hadir.










Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penyampaian Sijil Prasekolah dan Tahun 6

Pada 19 November telah berlangsungnya Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penyampaian Sijil Prasekolah dan Tahun 6. Majlis telah dirasmikan oleh Tn Hj Abu Bakar bin Yusof, Ketua Kampung, Kampung Kesang Tasek yang baru dilantik.

Ramai ibu bapa datang memberikan sokongan kepada anak-anak masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis.










klik lagi


Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber

Tarikh: 21 Januari 2018
Tempat: Dewan Zaaba, SK Kesang Tasek

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber SK Kesang Tasek telah diadakan pada minggu ke4 persekolahan sesi 2018. Alhamdulillah majlis berjalan lancar, di mana pengawas-pengawas menerima watikah perlantikan mereka dan mereka telah membacakan ikrar di hadapan guru-guru dan murid-murid lain. Tahniah kepada semua yang terpilih sebagai pegawas dan pengawas pusat sumber pada sesi 2018. Semoga anda menjalankan tugas anda dengan penuh disiplin, bertanggungjawab, dan ceria.








 


Penutupan Minggu Transisi Tahun 1

Tarikh: 21 Januari 2018
Tempat: Dewan Zaaba, SK Kesang Tasek

Majlis Penutupan Program Transisi telah diadakan pada ketetapan di atas. Antara pengisiannya adalah persembahan murid-murid Tahun 1 Rajin. Tahniah kepada semua murid-murid atas persembahan yang menarik, walau baru 3 minggu di SK Kesang Tasek. Anda semua memang berpotensi. Diharapkan ibu bapa akan terus turut sama membantu guru-guru dengan memastikan mereka melakukan kerja sekolah semasa di rumah pula.





Majlis Perpisahan Pn. Nurulain bt. Addenan

Pada 14 Januari 2018, majlis merpisahan untuk Pn. Nurulain bt. Addenan telah diadakan di kantin sekolah. Pn. Nurulain berpindah ke SK Pernu, Melaka iaitu sekolah rendah yang pernah dihadiri oleh beliau semasa kecil. Selamat berpindah dan salam maju jaya daripada kami semua. Tahniah juga atas kelahiran putera sulung Semoga terus sukses dan menjalankan tugas sebagai guru agama di sana nanti.







Perhimpunan Badan Beruniform Kali 1 Sesi 2018

Pada 14 Januari 2018, Perhimpunan Badan Beruniform kali pertama telah diadakan. Ini selaras dengan kehendak Jabatan Pendidikan Johor dan Kementerian Pendidikan Malaysia.




Enrolmen Murid Sesi 2018


Pada 1 Januari tahun 2018 ini, seramai 87 murid Tahun 1 hingga Tahun 6 telah didaftarkan. Bagi Prasekolah pula hanya 14 orang murid telah didaftarkan. Jumlah keseluruhan murid SK Kesang Tasek pada tahun ini adalah 101 orang kesemuanya.

Taklimat dan Pendaftaran Tahun 1 2018

Pada 29 Disember 2017 telah berlangsung Taklimat dan Pendaftaran Tahun 1 untuk sesi 2018. Alhamdulillah majlis berjalan lancar yang mana ibu bapa dan penjaga diberikan penerangan tentang pelbagai perkara termasuk Program Transisi, Buku Teks, PBS, KSSR dan lain-lain. Seramai 15 murid tahun 1 telah didaftarkan pada tahun ini. Selamat Datang ke SK Kesang Tasek. Semoga murid-murid Tahun 1 ini akan melangkah sebagai individu yang seimbang intelek, rohani, jasmani, sosial, dan emosi. Insya-Allah.