Make Over SK Kesang Tasek

 Alhamdulillah bermula Disember yang lepas sekolah kita telah menerima Guru Besar baru, iaitu Tn Hj Yahya bin Rakam. Kita ucapkan selamat datang kepada tuan Guru Besar kita. Dengan bimbingan Tn Hj Yahya jugalah dalam sebulan ini juga kita telah membuat beberapa perubahan baru dari segi keceriaan sekolah. Semoga kita semua berhijrah ke arah yang lebih baik demi kelestarian sekolah, anak-anak generasi dulu dan sekarang di SK Kesang Tasek. 


1. Keceriaan Blok A, garaj dan tembok pagar












2. Keceriaan bilik guru dan kelas-kelas








Terima kasih semua warga SK Kesang Tasek dan juga ahli keluarga masing-masing yang bertungkus-lumus menceriakan kawasan sekolah ini.  Semoga segala usaha kita ini mendapat ganjaran daripada Allah. Amin.


Kembali Ke Sekolah dan PdPr

Kita masih belum boleh betul-betul mengucapkan selamat kembali ke sekolah dalam situasi sekarang ini. Walaupun 20 Januari telah diwar-uarkan sebagai tarikh yang ditunggu-tunggu untuk kembali ke sekolah, namun apakan daya PKP fasa 3 terlebih dahulu diumumkan. Sekarang dilanjutkan lagi sehingga 4 Februari 2021. Semoga pandemik yang membelenggu negara kita dan seluruh dunia cepat berlalu. 

 Pembelajaran Dari Rumah (PdPR) telah mengambil peranan proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) sepanjang perlaksanaan PKP ini. Memang jauh beza pengalaman yang dilalui. Masing-masing ada pro dan contra, namun itulah yang terpaksa dilalui. Kami guru-guru sentiasa komited untuk menjalankan proses pengajaran secara maya atau pun secara fizikal demi melihat kecemerlangan di kalangan murid-murid sekolah SK Kesang Tasek yang tercinta ini.