Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 40.

4 April 2019. Mesyuarat Agung PIBG Ke 40 telah diadakan. Mesyuarat tersebut diadakan pada pukul 8.00 pagi dan dirasmikan oleh Tuan ASP Jamellul Kamal bin Abdul Halim.









Karnival Sains Zon Parit Bunga 2019

4 April 2018. Beberapa murid SK Kesang Tasek mengambil bahagian dalam pertanding Karnival Sains yang berlangsung di SK Parit Bunga antaranya Action Song dan Rekacipta Roket Air dan Roket Parachute. Untuk Pertandingan Action Song, peserta SK Kesang Tasek telah berjaya mendapat tempat ketiga. Tahniah diucapkan.




Keputusan Karnival Sains Zon Parit Bunga

Bercerita
1.Bukit Gambir
2. Kesang
3. $engkang

Roket air
1.Abdullah
2.$engkang
3.Telok Rimba

Paracut
1.Sawah Ring
2. Ledang
3. Abdullah

Keseluruhan roket air n paracut
1. Abdullah
2. $awah Ring
3. Ledang

Action Song
1.Parit Bunga
2. RKT Seri Ledang
3. Kesang Tasek

Rekacipta n Inovasi
1. Sri Maamor
2. Belemang
3. Parit Bunga 



Seminggu sebelum itu, pihak Panitia Sains telah membuat pertandingan memilih bakal peserta dan pertandingna peringkat sekolah ini menerima sambutan menggalakkan daripada murid-murid tahap 2. Semoga pada tahun depan lebih banyak kejayaan dapat diraih.  



Kejayaan SK Kesang Tasek Sepanjang Tahun 2018 dan 2019

2018
1. Tokoh Nilam Daerah Tangkak - Kategori Bahasa Melayu
2. Naib Johan Nilam Kategori Bahasa Melayu peringkat negeri Johor
3. Johan MSSD Bola Jaring Bawah 12
4. Tempat keempat MSSJ Bola Jaring di Segamat
5. Naib Johan MSSM Bola Jaring di Terengganu
6. Johan Bola Jaring daerah bawah 11 tahun
7. Tempat Ketiga Kejohanan Ragbi bawah 11
8. Johan bercerita iftar ramadhan pengakap peringkat negeri - Nur Zakirah Syaadiah Samsudin
9. Johan bercerita bm tahap 2 Zon Serom - Nur Zakirah Syaadiah Samsudin
10. Naib johan bercerita bm tahap1 zon serom 2018- Siti Fatimah Mohd Nazri
11. Tempat Ketiga Bercerita Karnival Sains Zon Serom- Siti Nur Balqis Mohd Nazir
12. Naib Johan Bola Baling Perempuan MSSD Tangkak di SK Abdullah
13. Tempat Keempat Kejohanan Bola Jaring Bawah 10 Tahun di Kluang
14. Anugerah Tokoh Guru Sukan Berjasa - Cik Fazarina binti Abdul Kadir
15. Anugerah Emas Gemilang - Kemenjadian Peringkat Kebangsaan


2019
16. Johan Bola Jaring - MSSD Tangkak kali ke 11 (10 tahun berturut-turut)
17. Tempat ketiga bola baling lelaki daerah
18. Naib johan lontar peluru bawah 12
19. Tempat ketiga penulisan khat/jawi

Kursus Kepimpinan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua / Penolong Ketua Kelas

28 Februari 2019. Kursus khas untuk pengawas, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas telah diadakan demi mendedahkan tugas-tugas yang perlu dijalankan. Majlis telah dirasmikan oleh En Sarman bin Tokiman, AJK PIBG SK Kesang Tasek.









Happy Founder's Day

22 Februari 2019. Hari memperingati tokoh penubuhan Pengakap atau Boy Scouts iaitu Sir Baden Powell yang dilahirkan pada 22 Februari 1857. 162 tahun yang lepas. Jasamu akan dikenang sampai bila-bila.







Program Motivasi Keibubapaan

24 Februari 2019. Program Motivasi Keibubapaan telah diadakan dengan kerjasama PIBG dan Nazlela Training khusus untuk ibubapa dan penjaga tahun 4, 5 dan 6. Sambutan menggalakkan diterima, semoga dengan kerjasama semua SK Kesang Tasek akan lebih maju dalam akademik, sahsiah dan ko-kurikulum. Insya-Allah.








Program Jom ke Sekolah dan Penyampaian Watikah Pengawas

18 Februari 2019. Pihak sekolah dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia telah mengadakan program Jom Ke Sekolah dengan tujuan memberi kesedaran tentang kes ponteng dan keburukannya. Di samping itu, pihak sekolah turut mengadakan Program Penyampaian Watikah Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Selain pengawas, ketua kelas dan penolong kelas juga telah dilibatkan sekali dalam program kali ini. Penyampaian watikah itu telah disempurnakan oleh Sarjan Mariana daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak.







Anugerah Emas Gemilang dan Anugerah Tokoh Guru Sukan Berjasa

14 Februari 2019. SK Kesang Tasek telah dianugerahi dengan anugerah istimewa sepanjang sejarah penubuhan sekolah ini. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak telah menganugerahkan Anugerah Emas Gemilang kepada sekolah ini di atas kejayaan murid-murid di peringkat kebangsaan. Untuk rekod, pada tahun 2018, seorang murid SK Kesang Tasek, iaitu Nur Zakirah Syaadiah Samsudin telah mewakili negeri Johor dalam Kejohanan Bola Jaring MSSM dan  membantu pasukan negeri Johor menggondol tempat kedua.

Selain itu, Cik Fazarina Abdul Kadir  juga telah dianugerahi Anugerah Tokoh Guru Sukan Berjasa atas kejayaan-kejayaan dalam membimbing murid-murid sekolah ini serta daerah Tangkak ke peringkat MSSJ dan MSSM.





Tempat Ketiga Kejohanan Bola Baling Lelaki Bawah 12 Tahun MSSD Tangkak 2019

14 Februari 2019. Pasukan Bola Baling Lelaki mengharumkan nama SK Kesang Tasek kerana mendapat tempat ketiga dalam kejohanan yang telah berlangsung di SK Kundang Ulu. Ini  merupakan pencapaian terbaik pasukan bola baling lelaki setelah sekian lama. Tahniah kepada semua pemain, jurulatih, guru dan penyokong. Tahun depan kita juara pula.







Ceramah dan pendidikan tatacara penjagaan gigi

31 Januari 2019. Ceramah dan pendidikan tatacara penjagaan gigi oleh Pusat Kesihatan Sungai Mati telah diadakan untuk memberi maklumat lanjut kepada murid-murid. Terima kasih kepada jururawat dan doktor yang telah memberikan khidmat kepada murid-murid SK Kesang Tasek. Jasa anda tidak dilupakan.









Sudut Pidato

Bermula bulan 31 Januari 2019 sudut pidato telah bermula dengan giliran Panitia Sains. Diharapkan murid-murid akan dapat menunjukkan bakat berpidato serta membuat persembahan yang menarik setiap minggu. Dengan itu mereka akan berpeluang berdiri di atas pentas di Sudut Pidato dengan yakin untuk mempamerkan bakat yang ada. Memang bukan senang untuk berdiri di hadapan orang ramai. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang terpilih sepanjang tahun 2019 ini.




Kejohanan Balapan dan Padang SK Kesang Tasek Kali ke 40

30 Januari 2019. Kejohanan Balapan dan Padang SK Kesang Tasek telah berlangsung dengan meriahnya dan telah dirasmikan oleh En Norizan bin Azali, selaku YDP PIBG SK Kesang Tasek.

Kejohanan dimulakan dengan lintas hormat semua murid, dan diserikan dengan acara final 100 m dan 4 x 100 m semua kategori, serta acara larian Prasekolah. Tidak kurang menarik apabila ibu bapa penjaga dan guru bertanding dalam sukaneka. Ia pengalaman yang sangat menarik bagi semua. taniah kepada semua pemenang. Terima kasih kepada semua hadir dalam kejohanan yang telah dianjurkan. Tanpa anda siapalah kami.