Anugerah Emas Gemilang dan Anugerah Tokoh Guru Sukan Berjasa

14 Februari 2019. SK Kesang Tasek telah dianugerahi dengan anugerah istimewa sepanjang sejarah penubuhan sekolah ini. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak telah menganugerahkan Anugerah Emas Gemilang kepada sekolah ini di atas kejayaan murid-murid di peringkat kebangsaan. Untuk rekod, pada tahun 2018, seorang murid SK Kesang Tasek, iaitu Nur Zakirah Syaadiah Samsudin telah mewakili negeri Johor dalam Kejohanan Bola Jaring MSSM dan  membantu pasukan negeri Johor menggondol tempat kedua.

Selain itu, Cik Fazarina Abdul Kadir  juga telah dianugerahi Anugerah Tokoh Guru Sukan Berjasa atas kejayaan-kejayaan dalam membimbing murid-murid sekolah ini serta daerah Tangkak ke peringkat MSSJ dan MSSM.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan