Tarikh : 18 Januari 2015
Masa : Sepanjang minggu
Tempat : SK Kesang Tasek
Sesi persekolahan baru sahaja bermula pada 11 Januari 2015 bersamaan hari Ahad yang lepas dan dapat dilihat guru-guru dan murid-murid bersemangat menjalankan tanggung jawab masing-masing. Kehadiran murid-murid ke sekolah disambut dengan ceria oleh guru-guru, selain guru-guru sentiasa menjaga kebajikan murid walaupun pada hari pertama sesi persekolahan. Tahniah diucapkan kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang tidak jemu menabur bakti di sekolah serta kepada semua murid yang bersemangat untuk hadir ke sekolah.
GPK HEM, Pn. Sarifah binti Abdullah menyambut ketibaan murid dan
bersalaman dengan murid yang hadir ke sekolah