[ Perlawanan Persahabatan Bola Baling ]

Tarikh : 27 Januari 2015
Masa : 3.30 petang - 6.30 petang
Tempat : Padang Sekolah, SK Kesang Tasek

Perlawanan persahabatan bola baling antara SK Kesang Tasek dengan SK Parit Bunga diadakan pada hari Selasa bersamaan 27 Januari 2015. Perlawanan ini dijalankan bagi menguji tahap kecekapan murid sebagai persediaan sebelum perlawanan MSSD yang akan diadakan pada 11 dan 12 Februari 2015.




Perlawanan persahabatan antara lelaki SK Kesang Tasek
dan SK Parit Bunga

[ Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ketiga 2015 ]

Tarikh : 25 Januari 2015
Masa : 7.20 pagi - 7.50 pagi 
Tempat : Dataran Kejat, SKKT

Guru Bertugas :


1. Puan Rahimi bt Isahak

2. Puan Sarawati bt Tumiran


Laporan
  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu bangsa  Johor dan lagu sekolah dipimpin oleh adik Fatin (Tahun 6). 
  • Bacaan doa oleh adik Aiman Hakim (Tahun 6).
  • Ikrar sekolah yang diketuai oleh adik Hakim Othman (Tahun 6).

Ucapan Guru Bertugas - Pn Sarawati bt Tumiran
  • Murid diingatkan sentiasa menjaga kekemasan pakaian sekolah dari segi lencana, tali leher dan tanda nama murid.
  • Tawaran hadia kepada murid yang menjumpai kehilangan bola baling semasa di sekolah.
  • Program Sekolah Penyayang - meraikan guru dan murid yang menyambut hari lahir pada bulan Januari

[ Perjumpaan Kelab Bil. 2 / 2015 ]

Tarikh : 21 Januari 2015
Masa : 7.20 pagi - 8.20 pagi 
Tempat : Kantin, SKKT

Perjumpaan kelab kali kedua diadakan pada hari Rabu bertempat di kantin SK Kesang Tasek berlangsung selama 1 jam. Murid-murid bersama-sama dengan guru-guru penasihat telah menjalankan aktiviti yang telah dirancangkan oleh guru mereka. Guru Kelab Kitar Semula, Pn. Sarawati, Pn. Noradha, Cik Nur Masturah dan Pn. Cheng Giin Yann bersama-sama dengan ahli kelab menjalankan aktiviti mengutip sampah di kawasan perkarangan sekolah. Objektif aktiviti ini bagi memberikan kesedaran kepada murid tentang pentingnya menjaga kebersihan sekolah untuk mewujudkan suasana sekolah yang selamat, ceria dan kondusif.



Sebahagian ahli kelab mengutip sampah di kawasan padang sekolah

[ Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Kedua 2015 ]

Tarikh : 18 Januari 2015
Masa : 7.20 pagi - 7.50 pagi 
Tempat : Dataran Kejat, SKKT

Guru Bertugas :


1. Puan Cheng Giin Yann

2. Puan Rasitah bt Zainul Abidin


Laporan
  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu bangsa  Johor dan lagu sekolah dipimpin oleh adik Najihah (Tahun 6). 
  • Bacaan doa oleh adik Shamil (Tahun 6).
  • Ikrar sekolah yang diketuai oleh adik Irsyad (Tahun 6).

Ucapan Guru Bertugas - Pn Rasitah bt Zainul Abidin
  • Murid diminta memulangkan borang Sistem Maklumat Murid (SMM)
  • Semua murid diminta membalut buku teks dan murid yang gagal membalut buku akan ditarik hak milik buku teks.
  • Murid ditegaskan memastikan pemakaian lengkap sebagai pelajar selewat-lewatnya hari Rabu ini.

[ Corat-coret Minggu Pertama Sesi Persekolahan ]

Tarikh : 18 Januari 2015
Masa : Sepanjang minggu
Tempat : SK Kesang Tasek


Sesi persekolahan baru sahaja bermula pada 11 Januari 2015 bersamaan hari Ahad yang lepas dan dapat dilihat guru-guru dan murid-murid bersemangat menjalankan tanggung jawab masing-masing. Kehadiran murid-murid ke sekolah disambut dengan ceria oleh guru-guru, selain guru-guru sentiasa menjaga kebajikan murid walaupun pada hari pertama sesi persekolahan. Tahniah diucapkan kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang tidak jemu menabur bakti di sekolah serta kepada semua murid yang bersemangat untuk hadir ke sekolah. 



GPK HEM, Pn. Sarifah binti Abdullah menyambut ketibaan murid dan 
bersalaman dengan murid yang hadir ke sekolah

[ Perjumpaan Kelab & Sukan Bil. 1 / 2015 ]

Tarikh : 14 Januari 2015
Masa : 7.50 pagi - 8.50 pagi 
Tempat : Kantin, SKKT


Perjumpaan Kelab dan Sukan kali pertamanya diadakan pada hari Rabu bersamaan 14 Januari 2015 yang dikelolai oleh GKP Kokurikulum, En Zairi b A. Kadir dan dibantu oleh Cik Fazarina binti Abd Kadir. Pada minggu ini, murid-murid Tahun 3 hingga Tahun 6 diagihkan kepada kelab dan sukan masing-masing bersama-sama dengan guru-guru penasihat mereka.




GKP Kokurikulum, En. Zairi b A. Kadir sedang menyampaikan taklimat tentang
 penyerahan kelab dan sukan kepada murid-murid

[ Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Pertama 2015 ]

Tarikh : 11 Januari 2015
Masa : 7.20 pagi - 7.50 pagi 
Tempat : Dataran Kejat, SKKT

Guru Bertugas :


1. Puan Noradha bt Jema'on

2. Cik Nur Masturah bt Ghafar


Laporan
  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu bangsa  Johor dan lagu sekolah dipimpin oleh adik Shamim (Tahun 6). 
  • Bacaan doa oleh adik Irsyad (Tahun 6).
  • Ikrar sekolah yang diketuai oleh adik Shamim.

Ucapan Guru Bertugas - Cik Nur Masturah bt Ghafar
  • Mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid SKKT.
  • Memberikan pujian kepada murid terhadap kekemasan pemakaian dan diharapkan dapat dikekalkan sehingga akhir tahun.
  • Memberikan kedudukan terbaru kelas bermula pada Prasekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6.
  • Mengharapkan murid-murid lebih ceria dan bersedia untuk meneruskan sesi persekolahan tahun 2015.

[ Mesyuarat Tahun 6 & Panitia Bil 1 / 2015 ]

Tarikh : 1 Januari 2015
Masa : 8.00 pagi - 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SKKT


Mesyuarat Tahun 6 & Panitia Bil. 1/2015 diadakan pada hari Khamis bersamaan 1 Januari 2015 membincangkan tentang analisa UPSR dan program-program Tahun 6 yang akan dijalankan sepanjang tahun 2015. 



Buku Program Kecemerlangan UPSR 2015

[ Program Latihan Dalam Perkhidmatan ]

Tarikh : 30 Disember 2014
Masa : 11.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat, SKKT


Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) diadakan pada hari Selasa bersamaan 30 Disember 2014 melibatkan aspek-aspek berikut: kesesuaian latihan dengan keperluan sekolah; kandungan latihan dalam perkhidmatan dari segi teori dan praktikal; alternatif penyelesaian masalah pembelajaran; dan meningkatkan pengetahuan, sikap positif dan keterampilan profesional. 


[ Program Orientasi & Transisi Tahun Satu ]

Tarikh : 30 Disember 2014
Masa : 8.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, SKKT


Program Orientasi dan Transisi dikelolai oleh GPK 1, Tn Hj Zolkeflee b Bahrom bersama-sama dengan GKP Kokurikulum, En Zairi b A. Kadir. Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu. Dalam masa yang sama, memastikan kepelbagaian latar belakang dapat membantu memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang sama.





Seramai 15 orang murid Tahun 1 bagi sesi 2015

[ Pembayaran Yuran Sekolah & Pengagihan Buku Tulis ]

Tarikh : 30 Disember 2014
Masa : 8.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Kantin SKKT


Pembayaran yuran sekolah melibatkan ibu bapa dan murid mengikut kelas masing-masing. Guru kelas dan pembantu guru kelas bekerjasama membahagikan buku tulis dan modul kepada murid yang telah membayar yuran sekolah. 

Senarai nama-nama guru kelas dan pembantu guru kelas:
  • Prasekolah : Puan Nurul Nadiah bt Nordin
  • Tahun 1 Rajin : Mrs Cheng Giin Yann / Puan Rahimi bt Isahak
  • Tahun 2 Usaha : Puan Nur Ilmah bt Mohd Nor / En Mohd Zamzuri b Mohd Yusof
  • Tahun 3 Cerdik : Puan Siti Zanariah bt Jenal / En Isaifuddin b Ishak
  • Tahun 4 Bestari : Puan Rasitah bt Zainul Abidin / Cik Fazarina bt A. Kadir
  • Tahun 5 Wawasan : Puan Noradha bt Jema'on / En Kamal Zam bt Mohd Yusof
  • Tahun 6 Cemerlang : Puan Sarawati bt Tumiran / Cik Nur Masturah bt Ghafar




Guru-guru kelas sedang memilih buku untuk diagihkan kepada murid 

[ Mesyuarat Pengurusan Bil. 1/2015 ]

Tarikh : 29 Disember 2014
Masa : 8.00 pagi - 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SKKT


Mesyuarat Pengurusan Bil. 1/2015 diadakan pada hari Isnin bersamaan 29 Disember 2014 membincangkan tentang hal-hal pengurusan sekolah. Antara isu yang dibincangkan :
  • Disiplin
  • LINUS
  • Dashboard
  • War Room
  • Dashboard
  • Analisa UPSR
  • Buku Kawalan Kelas
  • Laporan Minggu Bertugas
  • Profesion Learning Connection (PLC)


Buku Pengurusan & Takwim Sekolah 2015